Browse Items (20 total)

  • Collection: Koleksi Bibliografi Buku Beranotasi

Buku ini diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan menyediakan panduan serta deskripsi amalan perubatan tradisional dan komplementari yang dipraktikkan di Malaysia

Buku ini berkaitan dengan disiplin perubatan Melayu yang diperolehi memalui lisan dan tulisan

Buku ini membincangkan falsafah dan prinsip asas yang menjadi tunjang kepada perubatan Melayu, memberikan pemahaman mendalam tentang ilmu perubatan tradisional

Buku ini membincangkan pelbagai aspek keuzuran dan kesihatan, dengan tumpuan khusus kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kesihatan individu. Ia juga meneliti kaedah pencegahan serta rawatan tradisional dan moden untuk menangani masalah kesihatan

Kitab ini terdiri dari 5 bab yang mengadungi unsur asas kepada tubuh badan manusia, bahan-bahan makanan dan ubatan, punca yang mempengaruhi keadaan kesihatan, ubat-ubatan untuk beberapa penyakit terpilih dan penyakit-penyakit am

Buku ini menghidangkan pembaca dengan terjemahan dan analisis teks perubatan Melayu klasik yang memberikan panduan dalam pelbagai rawatan tradisional

Dalam penerbitan ini, diperihalkan perjalanan manuskrip jawi ini hingga sampai ke British Library, tempat ia tersimpan sekarang. Bahkan, analisis dibuat terhadap kandungannya, termasuklah perbandingan dengan laporan-laporan terkini

Naskhah ini merupakan dokumentasi bertulis dalam Bahasa Melayu yang paling awal dan memiliki keunikan tersendiri seperti memasukkan ilmu anatomi dan perubatan herba

Buku ini merupakan terjemahan dan analisis karya klasik Melayu yang membincangkan rawatan perubatan dari perspektif rohani dan jasmani
Output Formats

atom, dcmes-xml, json, omeka-xml, rss2